Announcement

We are only available for self pick up at Taman Sutera, Kajang.
All cakes are exclusively baked for you.

Wednesday, March 30, 2011

Saja Bercerita (Journal Ninazcakes)


Hi semua! Assalamualaikum.. Sebenarnya kali ni Ninazcakes saja ingin berkongsi cerita.. 2011 ni sebenarnya tahun yang keenam kami berniaga tapi tahun inilah tahun yang kami berdua betul-betul 'serius' membuatnya sepenuh masa. Kek-kek kami kesemuanya adalah 'home made' buatan kami sendiri. Sebenarnya kek kami pun tak banyak jenis. Apa yang pasti, kek kami adalah kek yang betul-betul disukai oleh anak-anak dan rakan-rakan kami yang merupakan 'customer', 'tester', tukang habiskan kek-kek yang tak jadi sepanjang RnD kami.

Buat masa ini, kami masih lagi di dalam proses RnD Red Velvet. Walaupun ada permintaan untuk membeli RV kami, kami masih lagi mencari-cari resepi yang paling disukai oleh anak-anak dan rakan-rakan kami. Pada masa yang sama, mestilah kami mencari bahan yang tak terlalu mahal. Resepi asal RV menggunakan keju mascarpone! Harganya memang boleh tahan.. untuk membuatnya menggunakan resepi asal sahaja mencecah puluhan ringgit hanya untuk membuat toppingnya sahaja. Belum termasuk kek, utiliti dan keuntungan. Kali ini sahaja, kami telah pun mencuba 6 kali RV sambil membanding beza rasanya. Alhamdulillah.. yang dicari-cari sudah pun ditemui. Tunggu ya kehadiran RV di webbie kami.

p/s Homemade bagi kami begitu istimewa.. kerana ianya dibakar mengikut tempahan. Fresh gitu! Telur-telur dibasuh dan dibilas dengan air mutlak. Kalau di negara luar, homemade itu dikira ekslusif kerana ia tidak dibuat secara 'bulk' seperti kilang. Itu yang sedih tu bila ada yang menawar-nawar harga (yang sememangnya rendah berbanding harga kedai jika dinilai dari segi rasa dan kualitinya). Bagi yang selama ini menjadi tulang belakang produk kami, kami ucapkan jutaan terima kasih. Kami masih lagi di sini kerana mu..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

NinazCakes by Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
Cake Illustration Copyrighted to Clarice